Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Bank Dunia saran perkukuh sektor pekerjaan tidak formal
Perniagaan

Bank Dunia saran perkukuh sektor pekerjaan tidak formal

Bank Dunia saran perkukuh sektor pekerjaan tidak formal

Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Yasuhiko Matsuda

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Meningkatkan perlindungan dan libat urus pihak berkepentingan antara cadangan dasar diusulkan Bank Dunia Malaysia untuk memperkukuhkan sektor pekerjaan tidak formal.

Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda berkata ia perlu bagi mengekalkan golongan itu dalam pasaran buruh serta memaksimumkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

\”Ada pekerja tidak formal yang produktif tetapi ramai yang golongan rentan. Ada yang tidak mampu menaikkan kemahiran mereka. Tidak mahu mengambil risiko untuk memulakan perniagaan. Jadi dasar asas ini untuk mereka rasa terjamin, dilindungi sekiranya berlaku kemalangan atau jika perniagaan mereka tidak berlangsung dengan baik,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan laporan ‘Pekerjaan Tidak Rasmi di Malaysia: Trend, Cabaran dan Peluang untuk Pembaharuan’, di sini.

Berdasarkan laporan tersebut, pengambilan pekerja dalam sektor tidak formal susut daripada 38.4 peratus pada 2012 kepada 26.8 peratus pada 2022.

Antara golongan cenderung bekerja secara tidak formal, termasuk wanita, belia, penduduk berpendapatan rendah dan individu di kawasan luar bandar.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...