Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Banci pertanian di Perak capai lebih 23 peratus
Perniagaan

Banci pertanian di Perak capai lebih 23 peratus

Banci pertanian di Perak capai lebih 23 peratus

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

PARIT, 5 Ogos-Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membanci kira-kira 14,104 Tempat Kediaman (TK) di Perak dalam sektor pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan, perikanan, akuakultur, perhutanan dan pembalakan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sehingga 2 Ogos lalu, Perak telah mencapai 23.3 peratus bancian yang telah dijalankan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 berkata, daerah yang mencapai tahap pembancian tertinggi ialah Kampar sebanyak 44.9 peratus diikuti Selama 34.8 peratus, Kerian 34.3 peratus, Muallim 28.4 peratus, Hilir Perak 22.7 peratus dan Bagan Datuk 22.5 peratus.

\”Jadi sebenarnya dari segi keseluruhan banci pertanian telah melebihi 30 peratus. Namun di negeri perak ini kita boleh lihat dari segi penerimaan dan borang-borang lengkap yang mana dari segi yang terlibat dalam pertanian itu antara yang tertinggi.

\”Maknanya dari segi jumlah yang kita pergi ke rumah ke rumah kita telah pun mempunyai senarai yang dinyatakan terlibat dalam pertanian hampir 75 peratus dapat memberikan maklumat yang diperlukan yang mana mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti pertanian\”, katanya kepada pemberita pada sesi lawatan kerja ke Lapangan Banci Pertanian 2024 di Pusat Integrasi Tanaman dan Ternakan di Ladang Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantung di sini.

Tambahnya, banci pertanian yang dilaksanakan tersebut membantu kerajaan dalam mengukur kestabilan bekalan makanan bagi memenuhi keperluan domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

Ujarnya, setakat ini sekitar 15 peratus hasil sektor pertanian menyumbang kepada penjanaan pendapatan ekonomi Perak.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...