Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Banci Pertanian 2024: 60.4 peratus sektor pertanian Terengganu selesai dibanci
Perniagaan

Banci Pertanian 2024: 60.4 peratus sektor pertanian Terengganu selesai dibanci

Banci Pertanian 2024: 60.4 peratus sektor pertanian Terengganu selesai dibanci

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir (kiri) ketika sesi lawatan ke tapak Bancian Pertanian 2024 di tapak projek tanaman melon manis Terengganu (MMT) di pusat Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kampung Tok Dor di sini hari ini/ Livevartha

JERTIH, 18 Ogos- Terengganu menjadi negeri kedua hampir selesai dibanci menerusi Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu sebanyak 60.4 peratus selepas Pulau Pinang yang mencatatkan peratusan bancian 65.3 peratus bermula 7 Julai lepas.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peratusan itu hasil bancian di 55, 815 daripada 92,000 tempat kediaman (TK) yang terlibat dengan aktiviti pertanian, manakala 75.6 peratus atau 363 pertubuhan perniagaan daripada 480 yang terlibat dalam kegiatan sama juga selesai dilawati pembanci.

“Bancian hingga 10 Okt ini dibuat meliputi bancian ke atas isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu tanaman makanan dan komoditi, ternakan, perikanan, akuakultur, pembalakan dan perhutanan.

“Daerah Besut mencatatkan peratus TK pertanian tertinggi iaitu 30.9 peratus diikuti Hulu Terengganu (30.3), Setiu (27.7), Dungun (20.2), Kemaman (17.8), Kuala Terengganu (14.3), Marang (13.3) dan Kuala Nerus (8.9),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sesi lawatan ke tapak Bancian Pertanian 2024 di tapak projek tanaman melon manis Terengganu (MMT) di pusat Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kampung Tok Dor di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata sektor pertanian menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu iaitu sebanyak 7.5 peratus atau RM2.9 bilion pada tahun lepas.

“Subsektor tanaman adalah penyumbang terbesar dalam sektor pertanian di negeri ini iaitu 58.6 peratus diikuti oleh subsektor perikanan (15.6), subsektor ternakan (14.5) dan subsektor perhutanan dan pembalakan (11.4).

“Oleh itu, menyedari kepentingan sektor ini, Banci Pertanian 2024 menjadi satu usaha penting dalam menilai prestasi industri pertanian di Terengganu,” katanya.

Pada program yang disertai Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian Marlini Sahul Hamid itu, Mohd Uzir turut melawat pelbagai subsektor di setiap daerah iaitu subsektor akuakultur di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman, penternakan lembu sado dan kambing tenusu di Kampung Kuala Besut selain projek MMT Tok Dor.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...