Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Axiata lepaskan ekuiti dalam Ncell, tidak lagi beroperasi di Nepal.
Perniagaan

Axiata lepaskan ekuiti dalam Ncell, tidak lagi beroperasi di Nepal.

Axiata lepaskan ekuiti dalam Ncell, tidak lagi beroperasi di Nepal.

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 3 Disember– Kumpulan Axiata tidak lagi beroperasi di Nepal selepas melepaskan ekutinya dalam syarikat Ncell Axiata Limited.

Axiata Investments (UK) Limited, milik penuh Kumpulan Axiata memeterai perjanjian jual beli tanpa syarat dengan Spectrlite UK Limited membabitkan penjualan Reynolds Holding Limited yang memegang kira-kira 80 peratus kepentingan ekuiti dalam Ncell Axiata Ltd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata keputusan meninggalkan Nepal adalah berdasarkan penilaian terperinci situasi perniagaan di negara itu.

\”Tindakan meneruskan operasi dalam ketidaktentuan pengawalseliaan dan pencukaian tidak adil adalah sesuatu yang bukan lagi mapan untuk Axiata\”.

Axiata memasuki pasaran Nepal pada 2016, susulan pengambilalihan Reynolds pada harga belian 1.37 bilion dolar Amerika, dengan 80 peratus kepentingan ekuiti.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...