Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Antler umum pelaburan awal RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula seluruh Asia Tenggara
Perniagaan

Antler umum pelaburan awal RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula seluruh Asia Tenggara

Antler umum pelaburan awal RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula seluruh Asia Tenggara

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Firma modal teroka global, Antler mengumumkan pusingan pelaburan bagi peringkat awal berjumlah RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Pembiayaan terbesar itu menandakan komitmen dan permulaannya di Malaysia, disokong perkongsian strategik bersama Khazanah Nasional Bhd.

Menerusi kenyataan, Antler memaklumkan, portfolio syarikat pemula niagatersebut merangkumi 19 sektor meliputi kecerdasan buatan, teknologi kewangan serta penjagaan kesihatan.

Pada peringkat domestik, tujuh syarikat pemula terpilih di bawah Antler Malaysia iaitu Cleve, COEX, MessengerCo, PingMi, Seafoody, UniiD dan Zappy.

Kepelbagaian dan keupayaan syarikat pemula di negara ini menunjukkan potensi dan peningkatan pengaruh Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap keusahawanan serantau.

Sejak dilancarkan pada 2018, Antler telah menyokong lebih seribu syarikat pemuladi seluruh dunia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...