Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Anggaran awal KDNK: Suku pertama 2024 diunjur catat 3.9%
Perniagaan

Anggaran awal KDNK: Suku pertama 2024 diunjur catat 3.9%

Anggaran awal KDNK: Suku pertama 2024 diunjur catat 3.9%

Foto DOSM

KUALA LUMPUR, 19 April – Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 3.9 peratus pada suku pertama 2024, berdasarkan anggaran awal diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, prestasi ekonomi pada tempoh tersebut akan dipacu sektor perkhidmatan.

\”Sektor itu diunjur meningkat 4.4%, berbanding 4.2% suku sebelumnya disokong subsektor perdagangan borong dan runcit; pengangkutan dan penyimpanan serta perkhidmatan perniagaan.

\”Pertumbuhan positif turut diramal merentasi semua sektor termasuk pembinaan yang menunjukkan pertumbuhan signifikan sebanyak 9.8% daripada 3.6% suku sebelumnya,\” katanya menerusi kenyataan.

Sektor pembuatan dianggar mencatatkan pemulihan 1.9% selepas merekodkan penyusutan 0.3 peratus pada suku keempat 2023.

Manakala sektor pertanian meningkat 1.3 % disumbangkan aktiviti pengeluaran kelapa sawit dan ternakan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...