Home Perniagaan Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah
Perniagaan

Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah

Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 September- Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.

Perkembangan itu dicatatkan dalam sentimen berhati-hati menjelang pengumuman laporan pekerjaan AS pada akhir minggu ini, kata penganalisis.

Pada 6.00 petang, ringgit susut pada 4.3550/3600 berbanding dolar AS daripada paras 4.3185/3225, Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran pergerakan ringgit rendah di tengah-tengah sentimen berhati-hati hari ini selepas mempamerkan prestasi baik pada bulan lepas.

Pada masa sama, beliau berkata pasaran akan turut menunggu keputusan mesyuarat dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini selain data senarai gaji bukan perladangan AS yang dijadualkan pada Jumaat.

“Bank pusat itu berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman yang stabil pada 3.00 peratus manakala Rizab Persekutuan AS (Fed) pula di landasan tepat untuk mengurangkan kadar dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17-18 Sept, 2024,\” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya meningkat kepada 2.9688/9725 daripada 2.9754/9784, Jumaat lepas.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8197/8252 daripada 4.7862/7906 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7203/7269 daripada 5.6939/6992.

Prestasi ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7228/7429 daripada 12.7540/7726 minggu lepas namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3321/3361 daripada 3.3158/3191.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susut kepada 280.4/280.9 daripada 279.3/279.8 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.72/7.73 daripada 7.69/7.70. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...