Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan AirAsia X umum laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi
Perniagaan

AirAsia X umum laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi

AirAsia X umum laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi

Sekitar majlis pelancaran luluan baharu Kuala Lumpur-Nairobi di ibu pejabat AirAsia

KUALA LUMPUR, 2 Julai- AirAsia X semalam mengumumkan penerbangan laluan baharu ke Nairobi, Kenya di Afrika susulan terdapat permintaan yang tinggi untuk perjalanan di antara Asean dan Afrika, terutamanya ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata syarikat menyasarkan untuk menerbangkan lebih 156,000 pengembara setiap tahun menerusi laluan baharu tersebut.

\”Pengembangan ini selaras dengan visi pengasas kami untuk menjadikan Asia sebagai hab global yang menghubungkan benua Afrika ke Asean dan seterusnya,\” katanya.

Beliau berkata komitmen AirAsia terhadap kecemerlangan perkhidmatan dalam memastikan ia dapat menawarkan lebih ramai pengembara dari Kenya peluang untuk meneroka lebih daripada 150 destinasi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah terbaik itu.

Jelasnya, perkembangan terbaharu itu sekali gus akan memainkan peranan penting dalam menghubungkan Malaysia, Oceania, dan Afrika dengan cara yang mampu milik dan cekap.

\”Sambil kami memberi tindak balas kepada permintaan yang meningkat untuk penerbangan pasca-Covid, kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai pengembara. Terima kasih kepada sokongan semua yang hadir di sini hari ini,\” tambahnya.

Penerbangan pertama dijadualkan pada 15 November, 2024 ini bakal menjadikan AirAsia X sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia ke benua Afrika.

Tambang promosi bermula dari RM471 termasuk surcaj bahan api, cukai dan caj-caj berkaitan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...