Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan AirAsia tingkat kekerapan, tambah laluan penerbangan baharu ke India
Perniagaan

AirAsia tingkat kekerapan, tambah laluan penerbangan baharu ke India

AirAsia tingkat kekerapan, tambah laluan penerbangan baharu ke India

Riad Asmat (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Perjalanan Tanpa Visa Untuk Warga India ke Malaysia Bersama AirAsia

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Syarikat penerbangan AirAsia akan meningkatkan kekerapan selain menambah laluan penerbangan baharu ke India bermula suku pertama tahun hadapan.

Ia selaras langkah pengecualian visa selama 30 hari untuk pengembara warga China dan India, mulai 1 Disember lalu.

Ketua Pegawai EksekutifAirAsia MalaysiaRiad Asmat berkata, syarikat berhasrat menambah tujuh lagi laluan baharu ke India, berbanding lapan ketika ini.

\”Kami akan memperkenalkan penerbangan ke Goa, Vizag, Varanasi dan Guwahati yang dijangka bermula separuh pertama tahun hadapan.

\”Namun, yang pastinya dua destinasi yang akan kita tawarkan ialah Thiruvananthapuram and Jaipur,\”katanya.

Riad optimis, langkah pengecualian visa akan meningkatkan kesalinghubungan antara kedua negara dan merangsang pertumbuhan sektor penerbangan dan pelancongan.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran perjalanan tanpa visa untuk warga India ke Malaysia bersama AirAsia.

Secara purata, syarikat penerbangan tambang rendah itu menerbangkan sehingga dua juta penumpang dari dan ke negara berkenaan setiap tahun.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...