Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan AirAsia lancar penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manado, Sulawesi Utara
Perniagaan

AirAsia lancar penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manado, Sulawesi Utara

AirAsia lancar penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manado, Sulawesi Utara

FOTO AIRASIA

KUALA LUMPUR, 1 September- AirAsia hari ini meraikan penerbangan sulung dari Kota Kinabalu (Sabah) ke Manado, ibu kota Sulawesi Utara dan bandar kedua terbesar di pulau Sulawesi di Indonesia.

Dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 8.50 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi pada 11 pagi waktu tempatan, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan AK1797 itu diraikan dengan pancuran air sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Manado, Sulawesi Utara.

AirAsia berkata laluan baharu ini mengesahkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan dari Kota Kinabalu, hab kedua terbesarnya di Malaysia untuk destinasi domestik dan antarabangsa dengan 30 laluan dan 387 penerbangan setiap minggu sebagai kumpulan.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...