Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
Perniagaan

AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024

AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata keselamatan adalah keutamaan setiap jenama dan reputasi syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi integriti operasi.

“Kami terus melabur untuk memastikan sistem pengurusan keselamatan menjadi keutamaan termasuk pensijilan Audit Keselamatan Operasi Antarabangsa (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi seluruh kumpulan syarikat penerbangan ini, sebagai penanda aras global untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi pada setiap masa,” katanya.

AirlineRatings.com, satu-satunya agensi penarafan produk dan keselamatan syarikat penerbangan di dunia, telah mengumumkan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat bagi 2024 berdasarkan 385 syarikat penerbangan yang telah dipantau.

Antara faktor yang menentukan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat termasuk rekod insiden, usia pesawat, hasil audit yang dijalankan oleh badan pentadbir penerbangan iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), serta senarai larangan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata AirAsia Aviation Group termasuk AirAsia X dan Thai AirAsia X mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang dan terus melepasi semua audit keselamatan utama selama bertahun-tahun.

Dedikasi dan tumpuan syarikat mereka terhadap aspek keselamatan sememangnya harus dipuji, katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...