Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Agrobank sasar 50 peratus penjaja kecil guna transaksi tanpa tunai
Perniagaan

Agrobank sasar 50 peratus penjaja kecil guna transaksi tanpa tunai

BENTONG, 22 September- Agrobank mensasarkan 50 peratus daripada keseluruhan 3,303 penjaja di Pahang mengaplikasikan transaksi urusniaga tanpa tunai (cashless), tahun ini.

Program sebahagian sinergi Agrobank bersama Bank Negara Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi urusniaga QRcode-cashless terutama di pedalaman.

Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi berkata, inisiatif itu juga bagi memperkasakan ekonomi digital dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil serta pengurusan kewangan yang lebih efisien.

\”Sasaran kalau boleh bekerjasama dengan agensi termasuk FAMA, agensi pertanian lain kalau boleh kita nak memasuki lebih 50 peratus penjaja di Pahang\” katanya pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Penjaja Cashless Simpang Pelangai, di sini, hari ini.


(Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi)

Pada majlis itu turut dilaksanakan penyerahan zakat Agrobank kepada golongan asnaf yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bernilai RM800 bagi setiap penerima.

Menerusi inisiatif itu, ia dapat meningkatkan pendedahan kepada penjaja pasar malam dan pasar pagi sekitar Pelangai menggunakan dan menjalankan perniagaan transaksi sifar tunai dalam jualan harian mereka selain memupuk aktiviti pembayaran lebih mudah dan selamat.

Program tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir 50 orang penjaja di Pelangai selain mereka turut dibekalkan kanopi lipat Agrobank secara percuma. 

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...