Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan 64, 511 graduan universiti terlibat Program Keusahawanan Protege sejak 2021
Perniagaan

64, 511 graduan universiti terlibat Program Keusahawanan Protege sejak 2021

64, 511 graduan universiti terlibat Program Keusahawanan Protege sejak 2021

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon berfoto kenangan bersama penerima anugerah selepas merasmikan Karnival Protege @ KUSKOP 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Seramai 64,511 peserta terdiri daripada lepasan universiti dan mahasiswa menyertai program di bawahProfessional Training and Education For Growing Entrepreneurs (Protege) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada sasaran jumlah penyertaan bagi inisiatif tersebut iaitu 76,690 orang menjelang 2025.

\”Ini adalah pencapaian yang sangat memberangsangkan untuk kementerian ini terus melatih bakal pelapis negara.

\”Menjelang 2030, kita sasarkan Malaysia sebagai negara keusahawanan yang unggul dan program Protege ini merupakan program yang bagus untuk membangunkan golongan graduan dan mahasiswa kita,\” katanya.

Ewon berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Protege @ KUSKOP 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Karnival tersebut adalah permulaan kepada enam siri karnival yang akan diadakan di seluruh negara iaitu di Zon Utara, Selatan, Timur dan Borneo.

Ia bagi mempromosikan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh KUSKOP di bawah Protege.

Ujar Ewon, sebanyak RM30 juta peruntukan disediakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi pelaksanaan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh Protege.

Beliau dalam majlis sama turut melancarkan program Sembang Protege xKRU yang akan dilaksanakan dengan kerjasama KRU Studios.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...