Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
Perniagaan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Penggunaan kredit eMADANI hanya dibenarkan untuk transaksi secara fizikal / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 6 Disember – Sebanyak 6.5 juta jumlah permohonan eMADANI diluluskan setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia membabitkan agihan dana berjumlah RM650 juta daripada RM1 bilion peruntukan keseluruhan.

\”Jumlah pendaftaran yang masih dalam proses 1.8 juta permohonan yang mengambil masa perjanjian kita dalam laman sesawang, satu ke lima hari dan saya ingin menyatakan, kepada mereka yang menghadapi masalah, rasakan diri mereka layak tetapi tak dapat, boleh menghubungi untuk merayu di talian hotline 8882 4565.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sementara itu, Ahmad berkata penggunaan kredit eMADANI hanya dibenarkan untuk transaksi secara fizikal.

Beliau berkata, ia bertujuan menyokong usahawan mikro, kecil dan sederhana, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

\”Kredit eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, bayaran tempat letak kereta atau tol serta bayaran bil utiliti menerusi aplikasi e-dompet,\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...