Monday , 11 November 2024
Home Perniagaan 2.17 juta transaksi tanpa tunai direkod hasil kerjasama PayNet dan FAMA sejak Januari
Perniagaan

2.17 juta transaksi tanpa tunai direkod hasil kerjasama PayNet dan FAMA sejak Januari

2.17 juta transaksi tanpa tunai direkod hasil kerjasama PayNet dan FAMA sejak Januari

Program Malaysia Fest 2024, di Changi, Singapura

CHANGI, 26 Julai- Sebanyak 2.17 juta transaksi tanpa tunai direkodkan menerusi program \’Go Cashless\’, hasil kerjasama PayNet Network Malaysia dan FAMA, sejak Januari tahun ini, hingga bulan lepas.

Rekod tersebut secara tidak langsung, melepasi sasaran awal sejuta transaksi, menjelang Disember nanti.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, program bermatlamat meningkatkan penggunaan pembayaran dalam talian, dalam kalangan usahawan FAMA.

Beliau berkata bagi mendukung hasrat itu, kedua-dua agensi terlibat memperkenalkan inisiatif ‘Cashless La Boss’ rentas sempadan, bagi mempromosi pembayaran dalam talian, diluar negara.

\”Kita memang menyediakan kod QR untuk digunakan di sini dan kita menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan ini berselari program FAMA bawah RMK12 kita kepada pendigitalan pemasaran, menggalakkan usahawan kita kepada tanpa tunai,\”katanya.

Inisiatif tersebut juga memudahkan urusan jual beli dalam kalangan pengunjung warga asing di outlet FAMA, kerana tidak perlu menukar kepada mata wang tempatan.

Kerjasama FAMA dan PayNet Network Malaysia turut akan diperkukuh, supaya jaringan program dapat diperluas ke negara-negara serantau.

\”Apa yang kita tertarik dengan FAMA ini adalah sebenarnya selama ini Malaysia Fest di Singapura boleh dikatakan 100% transaksi dalam tunai.

\”Sekarang dengan dengan FAMA kita memperkenalkan lebih 5-6 % populasi Singapura kepada DuitNow atau kod QR, kata Pengarah Kanan, Bahagian Pendigitalan Kerajaan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd, Firdaus Ghani.

Beliau berkata demikian pada program Malaysia Fest 2024, di Changi, Singapura.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...