Home Pasaran Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi bercampur-campur berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham produk pengguna dan perkhidmatan terpilih menjejaskan kenaikan awal, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik2.0 mata kepada1,550.99 daripada1,548.99 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.75 mata lebih tinggi pada1,550.74.

Pasaran secara keseluruhan sedikit negatif, dengan 414 kaunter rugi mengatasi 410 kaunter untung, 411 tidak berubah, 1,122 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.97 bilion unit bernilai RM1.11 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Lengberkata indeks penanda aras tempatan dijangka berlegar dalam julat 1,545 hingga 1,555 hari ini, disokong oleh prestasi positifWall Street semalaman berikutan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Pekerjaan bukan perladangan meningkat sebanyak 147,000 berbanding unjuran 110,000, manakala kadar pengangguran turun kepada 4.1 peratus berbanding ramalan 4.3 peratus.

“Namun begitu, pasaran buruh yang lebih kukuh mungkin menyebabkan penangguhan dalam penurunankadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed), sekali gus mendorong hasil bon AS 10 tahun melonjak kepada 4.35 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare masing-masing turun 5.0 sen kepada RM9.75 dan RM6.80, manakala Public Bank naik 5.0 sen kepada RM4.35, Tenaga Nasional menambah 8.0 sen kepada RM14.10, dan CIMB kekal pada RM6.79.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...