Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Keempat Berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Keempat Berturut-turut

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Keempat Berturut-turut

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Julai(Livevartha) — Momentum belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih telah mendorong Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, menandakan prestasi kukuh bagi sesi dagangan keempat berturut-turut, kata penganalisis.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.57 mata atau0.56 peratus kepada1,541.53 daripada1,532.96 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk aras dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada1,533.99 dan seterusnya mencecah paras terendahnya pada1,532.29 dalam dagangan awam.

Pasaran yang lebih luas secara umumnya positif dengan 565 kaunter untung mengatasi 389 kaunter rugi, manakala 464 kaunter tidak berubah, 956 kaunter tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.05 bilion unit bernilai RM2.15 bilion berbanding 3.57 unit berjumlah RM2.68 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran serantau juga mencatatkan keuntungan, disokong oleh mata wang tempatan yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan keyakinan bahawa ekonomi Asia boleh memperoleh perjanjian perdagangan dengan Presiden AS Donald Trump.

“Sentimen semakin meningkat susulan pengumuman ASminggu lepas bahawa ia telah memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan China.

“Pada masa sama, pelabur memerhati dengan teliti perkembangan rang undang-undang pembaharuan cukai berbilion dolar Presiden AS, yang kini sedang dibahaskan di peringkatSenat.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...