Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulankelemahan berterusan dolar AS berikutanketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara ituyang menjejaskan sentimen, katapenganalisis.
Pada8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1995/2005 ketika ditutup semalam.
Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) terus mengalami penurunan kepada 96.819.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kelemahan dolar AS itu mencerminkan kebimbangan berterusan mengenaiketidaktentuan dasar fiskal AS termasuklangkah tarif dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
“Langkah pengurangan cukai dan pengurangan seterusnya ke atas perbelanjaan sosial berpotensi menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi AS,” katanya kepada Livevartha.
Pada awal dagangan,ringgit diniagakan tinggiberbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9186/9324 daripada 2.9351/9389 ketika ditutup pada Selasa, dan lebih kukuhberbanding pound British kepada 5.7555/7823 daripada 5.7797/7866.
Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.9423/9654 daripada 4.9566/9625 semalam.