KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannyapada Rabu, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai.
Pada9.25 pagi, Julai 2025 naik 5.5 mata kepada 1,548.50, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat7.0 mata kepada 1,547.0 dan 1,527.0, manakala Disember 2025 kekal tidak berubah pada 1,521.50.
Jumlah dagangan 1,209 lot, dengan kepentingan terbuka pada34,256 kontrak.
FBM KLCImeningkat 8.02 mata kepada 1,549.55 selepas 25 minit dagangan, daripada 1,541.53 ketika ditutup pada Selasa.
— Livevartha