Home Pasaran Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed
Pasaran

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Jun(Livevartha) — Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini ketika Presiden Donald Trump terus meningkatkan tekanan ke atas Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.

Lebih menghangatkan lagi keadaan, Trump dilaporkan mempertimbang untuk melantik pengerusi baharu Fed lebih awal – langkah yang dilihatmemperlekeh pengerusi sekarang, Jerome Powell yang enggan tunduk terhadapdesakan Trump.

Pada 6 petang, ringgit menokok ke paras 4.2300/2355 berbanding dolar AS daripada 4.2335/2405 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan media mengenai hasrat Trump menamakan pengerusi baharu Fed lebih awal itu menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) susut0.60 peratus kepada97.093 mata.

“Perkembangan itu akan terus diikuti untuk melihat bagaimana ini dapat direalisasikan memandangkan penggal pengerusi sekarang akan hanya tamat pada Mei 2026.

“Apa yang lebih ketara adalah memberi tekanan kepada Fed untuk menurunkan kadar faedah secepat mungkin,” katanya kepada Livevartha.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia serta negara-negara ASEAN.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada2.9359/9399 daripada 2.9070/9120, rendah berbanding pound Britain kepada5.8141/8217 daripada 5.7631/7726 serta susut berbanding euro kepada 4.9597/9661 daripada 4.9113/9194, semalam.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...