Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia susut pada sesi awal dagangan Selasa berikutan aktiviti jualan sederhana, terutamanyabagi saham bermodal kecilwalaupun prestasi semalamanWall Street meningkat.
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.03 mata kepada 1,519.96 daripada 1,519.99 pada Isnin.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.17 mata lebih rendah pada 1,518.82.
Namun, sentimen pasaran meluas adalah positifdengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 142 berbanding97 manakala 246 kaunter tidak berubah, 1,931 kaunter tidak diniagakan dan 22 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 78.56 juta saham yang bernilai RM43.88 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi susulan laporan mengenai usaha Iran menamatkan konflik dengan Israel yang memacu sentimen pasaran.
Indeks Dow Jones Industrial meningkat sebanyak 0.8 peratusmanakala S&P 500 naikhampir satu peratus dan Nasdaq Composite menokok 1.5 peratus.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong ditutup tinggi dipacu oleh data ekonomi China yang mengatasi jangkaan awal.