Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi padaRabu susulankebimbangan peningkatan tarifhasil daripada pertemuan yang dijangkakan berlaku di antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump denganPresiden China Xi Jinping, kata seorang penganalisis.
Rakan KerjasamaPengurusan SPI Asset Management Stephen Innesberkata sekiranya rundingan itu gagal, ia akan mencetuskan semula kebimbangan terhadap peningkatan tarifyang seterusnya akan menyokong kenaikan harga emas.
“Namun begitu, hasil yang positif daripada pertemuan ituakan mengehadkan kenaikan harga emas dalam jangka masa terdekat, mencerminkan peralihan minat pelabur kepada aset yang lebih berisiko dan kadar faedah AS yang lebih tinggi,” katanya kepada Livevartha.
Kontrak bulan semertabaharu bagi Jun 2025 meningkat kepada US$3,377.70 setiapauns troy daripada US$3,372.90 setiapauns troy pada Selasa manakala kontrak Julai 2025 susut kepada US$3,379.50 setiapauns troy daripada AS$3,386.60 setiapauns troy sebelumnya.
Kontrak bagi Ogos, September dan Oktober 2025 melonjakkepada US$3,403.10 setiapauns troy daripada US$3,397.80 setiapauns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menokokkepada 62 lot berbanding 32 lot pada Selasamanakala kepentinganterbuka bertambah kepada 77 kontrak daripada 55 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berharga US$3,334.75 setiapauns troy, mengikutpenetapan hargaoleh London Bullion Market Association pada 3 Jun 2025.
— Livevartha