Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Permintaan Kukuh Dari India
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Permintaan Kukuh Dari India

Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Permintaan Kukuh Dari India

David Ng

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, melantun selepas rugi pada Jumaat sebelum ini berikutan permintaan yang lebih kukuh dari India, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Rancangan India untuk mengurangkan duti import ke atas minyak sawit bagi menurunkan kos import di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk minyak sayuran, dijangka melonjakkanpermintaan untuk minyak sawit Malaysia secara menyeluruh.

"Harga minyak mentah yang lebih tinggi juga dilihat menyokong sentimen di pasaran. Kami melihat sokongan harga pada RM3,830 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Livevartha.

India pada Jumaat lepas telahmengurangkan duti import asas MSM kepada 10 peratus daripada 20 peratus.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata eksport minyak sawit Malaysia untuk Mei juga dianggarkan lebih tinggi dengan Intertek Testing Services (ITS) menganggarkannya pada 1.32 juta tan, naik 17.86 peratus, manakalaAmspec unjur pada1.12 juta juta tan, menokok 13.21 peratus berbanding anggaran untuk April lepas.

"Pasaran kini sedang menunggu jangkaan pengeluaran minyak sawit Malaysia untuk Mei dari Persatuan Minyak Sawit Malaysia, UOB Kay Hian dan Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA).

"Ia adalah masa untuk tinjauan permintaan dan bekalan dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi Mei, ianya akantertumpupada anggaran pengeluaran, eksport dan inventori," katanya.

Penganalisis KananFastmarkets Palm Oil Analytics,Dr Sathia Varqa berkata pemotongan dalam duti import India serta keyakinan permintaan telah memacu pembelian niaga hadapan MSM pada hari Selasa, mengangkat kontrak bulan aktif sebanyak RM56, memulihkan semua kerugian berbanding penutupan semasa Jumaat lepas.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha)...

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi...