Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila kalangan peserta pasarankekal berhati-hati menjelang pertemuan yang dijangka antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat sedikit kepada 4.2425/2485 berbanding dolar AS daripada 4.2530/2605 ketika ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peserta pasarankini mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Trump-Xi, yang dilihat berpotensi menjadi faktor utama risiko pasaran untuk sepanjang minggu ini.
“Memandangkan AS merupakan pengimport terbesar dunia dan China pula pengeksport utama global, hubungan antara kedua-dua negara ini boleh meningkatkan sentimen terhadap dolar, sekali gus meredakan kebimbangan mengenai gangguan rantaian bekalan dan inflasi import.
Keadaan ini menyebabkan mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit berada dalam kedudukan reaktif, iaitu berada di tengah-tengah pertikaiandua kuasa ekonomi besar ini,dengan keputusan perdagangannya banyak mempengaruhi trend harga global, katanya kepada Livevartha.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9695/9739 daripada 2.9531/9585 pada penutupan Jumaat, turun berbanding euro kepada 4.8415/8484 daripada 4.8169/8254, dan merosot berbanding pound Britainkepada 5.7337/7418 daripada 5.7284/7385 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu turut mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang serantau ASEAN.