Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini meskipun kenaikan pada sesi awalnya ekorantekanan jualan dipasaran pesat membangun serantau berikutan kebimbangan terhadap konflik tarifyang berterusan, kata seorang penganalisis.
Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.10 mata atau0.33 peratus kepada 1,503.25 daripada paras 1,508.35 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 4.37 mata kepada 1,512.72 dan bergerak antara jajaran 1,497.42 dan 1,514.12 sepanjang sesi dagangan.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugimengatasi untung sebanyak 705 berbanding 297, manakala 423 kaunter tidak berubah, 921 tidak diniagakan dan 15 digantung.
Jumlah dagangan turunkepada 3.04 bilion unit bernilai RM2.20 bilion daripada3.21 bilion unit bernilai RM5.04 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim.
Naib presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup bercampur-campur di tengah-tengah ketidaktentuan berhubungperang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump yang menyebabkan para pelabur mengambil pendekatanberhati-hati.
Ekuiti Eropah dibuka rendah berikutansentimenlemah ketika pasaran menunggu pengumuman angka inflasi zon Eropah.