Home Pasaran Ringgit Ditutup Mengukuh Selepas Dolar AS Diasak Penurunan Indeks DXY
Pasaran

Ringgit Ditutup Mengukuh Selepas Dolar AS Diasak Penurunan Indeks DXY

Ringgit Ditutup Mengukuh Selepas Dolar AS Diasak Penurunan Indeks DXY

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) — Ringgit meneruskan aliran peningkatannya sehingga akhir urus niaga Isnin berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang diasak penurunan Indeks Dolar (DXY) susulan perubahan mendadak dasar dagangan dan peningkatan kebimbangan berkaitan dasar fiskal negara maju itu.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada4.2155/2220 berbanding dolar AS daripada paras4.2285/2345 pada Jumaat lepas.

Selain itu, keputusan PresidenDonald Trump untuk menangguhkan rancangan mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) kepada 9 Julai ini, memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan mengenai ekonomi AS terus ketara ketikahasil Bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi berkemungkinan besarmemberi kesan ke atasekonomi negara maju itu.

“Perkara lain yang menjadi tumpuan adalah sama ada rang undang-undang ‘One Big Beautiful’ yang dilihat sebagai hasil daripada defisit fiskal lebih meluas, akan diluluskan oleh Dewan Senat AS.

“Buat masa ini, persepsi terhadap kedudukan fiskal AS adalah agak negatif sepertimana dipaparkan menerusikenaikan hasil Perbendaharaan dan prospek terhadap dolar AS,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali mengukuh berbanding euro kepada 4.7972/8046 daripada 4.7985/8053.

Ringgit susutberbanding pound Britain kepada5.7175/7263 daripada 5.7072/7153 dan turun sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9506/9553 daripada 2.9502/9546.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...