Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untungselepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.49 mata atau 0.66 peratus kepada1,573.02 daripada paras penutup semalam pada 1,583.51.
Indeks penanda aras itu dibuka susut0.76 mata kepada 1,582.75 namun sempat mencecah paras tertinggi 1,586.85 pada sesi dagangan awal sebelum susut diasak tekanan jualan dan turun pada1,572.27 dalam sesi tengah hari.
Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 626 berbanding 459 manakala453 kaunter tidak berubah,856 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan merosot kepada3.71 bilion unit bernilaiRM2.74 bilion daripada 4.20 bilion unit bernilaiRM3.29 bilion, semalam.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantai kebanyakannya dalam aliran susut berikutan aktiviti pengambilan untung ketika optimis terhadap perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China kelihatan mereda.
Di peringkat domestik, beliau berkata aktiviti pengambilan untung hari ini dilihat dari sudut teknikal sebagai konsolidasi sihat yang membolehkan pasaran menerima reaksilonjakan baru-baru ini selain membina asas lebih kukuh bagi aliran kenaikan yang lebih mapan.
“Kami kekal optimis namun berhati-hati dengan sokongan kehadiran semula belian asing dan peningkatan jumlah dagangan dipasaran," katanya kepada Livevartha.