Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Pasaran Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Pasaran Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, meneruskan kenaikan dengan menjejaki aliran meningkat dalam pasaran minyak kacang soya, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh disokong oleh sentimen positif berkaitan hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, yang telah mendorong menambah baik sentimen dalam pasaran MSM.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM3,950 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan, Mei 2025 meningkat RM73 kepada RM3,900 satu tan, Jun 2025 naik RM32 kepada RM3,927 satu tan, Julai 2025 menokok RM30 kepada RM3,923 satu tan dan Ogos 2025 menambah RM20 kepada RM3,915 satu tan.

September 2025 pula menokok RM10 kepada RM3,906 satu tan dan Oktober 2025 menambah RM1 kepada RM3,900 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 121,576 lot daripada 86,227 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 242,608 kontrak daripada 244,857 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan meningkat RM80 kepada RM3,980 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) — Indeks FTSE...

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed KUALA...

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya
Pasaran

Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...