Oleh Harizah Hanim Mohamed and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen positif daripada rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai tarif AS, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2950/3170 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3005 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik lebih satu peratus kepada 101.788 mata berikutanketegangan perdagangan antara AS dan China yang mereda.
“Ekuiti yang menjadi penanda aras meningkat dan hasil Perbendaharaan AS turut naik apabila sentimen mengambilrisiko semakin ketara.
“Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berikutan perjanjian perdagangan AS-China menunjukkan kejutan tarif dapat diuruskan dengan lebih baik melalui rundingan diplomatik dalam beberapa bulanakan datang,”katanya kepada Livevartha hari ini.
Beliau berkatatempoh penangguhan selama 90 hari yang dipersetujui oleh AS dan China untuk mengurangkan tarif ke atas barangan masing-masing akan menjana hasil yang lebih baik kepada banyak negara, termasuk Malaysia.
DilaporkanAS dan China bersetuju untuk menurunkan tarif ke atas barangan masing-masing selama 90 hari yang akan datang, sekali gus memberi isyarat kemungkinan ketegangan dalam perang perdagangan akan mereda.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dalam rundingan di Geneva pada hujung minggu lepas, AS akan mengurangkan tarif tambahan ke atas produk China daripada145 peratus kepada 30 peratus manakala China akan menurunkan tarif ke atas import AS daripada125 peratus kepada 10 peratus.