Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada Jumaat susulan berita mengenai kemungkinan rundinganperdagangan di antara ASdenganChina pada hujung minggu ini mendorongminat terhadap dolar AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2970/3005 berbandingdolar AS daripada4.2780/2830 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh dalam sesi dagangan baru-baru ini dan terus berlegar sekitar paras 100 mata.
"Data perdagangan China bagiApril menunjukkan eksport ke AS menurun sebanyak 21 peratusmanakala pertumbuhan eksport China ke ASEAN dan Kesatuan Eropah masing-masing meningkat sebanyak 22.5 peratus dan 8.3 peratus.
"Nampaknya aliranini akan berterusan sekiranya isu tarif tidak diselesaikan," katanya kepada Livevartha.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9565/9591 daripada 2.9534/9571 ketika ditutup pada Khamis, merosot berbanding euro kepada 4.8320/8359 daripada 4.8264/8321dan berkurangberbanding pound Britainkepada 5.7004/7050 daripada 5.6769/6835 sebelumnya.
Mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding rakan negaraASEAN.