KUALA LUMPUR, 9 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar AS.
Pada penutupdagangan hari ini, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,335.10 setiap auns troy daripada US$3,349.30 setiap auns troy pada Khamis.
KontrakJun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing turun kepada US$3,348.10 setiap auns troy daripada US$3,362.30 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan susut kepada 88 lot daripada 102 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 42 kontrak berbanding 125 kontrak sebelum ini.
Berdasarkan penetapanLondon Bullion Market Association pada 8 Mei, harga emas fizikal berada padaUS$3,352.30 setiap auns troy.
— Livevartha