Home Ekonomi IHPR naik 0.6%, hiburan dan makanan penyumbang utama
Ekonomi

IHPR naik 0.6%, hiburan dan makanan penyumbang utama

IHPR naik 0.6%, hiburan dan makanan penyumbang utama

Mohd. Uzir Mahidin

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) negara meningkat 0.6 peratus pada suku pertama 2025, berbanding 0.5 peratus pada suku keempat Disember 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan ini menandakan trend positif berterusan dalam sektor perkhidmatan negara dengan subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi merekodkan kenaikan tertinggi sebanyak 6.6 peratus yang dipacu oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain yang mencatat pertumbuhan 2.1 peratus.

“Selain itu, indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman turut melonjak 3.6 peratus hasil peningkatan indeks restoran serta perkhidmatan makanan bergerak 4.0 peratus dan perkhidmatan minuman 3.1 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, beberapa subsektor lain turut menunjukkan peningkatan, antaranya pendidikan (1.2 peratus), kesihatan (0.6 peratus), profesional (0.5 peratus) dan aktiviti hartanah (0.1 peratus).

Namun begitu, sektor pengangkutan mencatat penurunan 3.1 peratus didorong oleh kejatuhan ketara dalam pengangkutan penumpang udara sebanyak 12.4 peratus.

Jelasnya, sektor maklumat dan komunikasi turut menurun sebanyak 0.2 peratus yang dipengaruhi oleh penurunan dalam aktiviti telekomunikasi tanpa wayar.

“Pada asas suku tahunan, IHPRP meningkat sebanyak 0.3 peratus, mengekalkan kadar pertumbuhan yang sama seperti suku keempat tahun lalu.

“Peningkatan ini banyak disumbang oleh subsektor penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman 1.0 peratus serta pendidikan dan hiburan dan rekreasi yang masing-masing naik 0.7 peratus.

“Selain itu, indeks lain yang menunjukkan peningkatan adalah aktiviti hartanah (0.4 peratus), kesihatan (0.3 peratus), profesional (0.2 peratus) dan Pengangkutan (0.1 peratus) manakala indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....