Home Ekonomi MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan Berasaskan Kompetensi (CBTA) 2025 daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

PETALING JAYA: MAB Academy, cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG) menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan Berasaskan Kompetensi (CBTA) 2025 daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Anugerah berprestij ini mengiktiraf inisiatif perintis MAB Academy dalam menggunakan teknologi realiti maya imersif (VR) bagi mempertingkatkan latihan CBTA berkaitan pengendalian barangan berbahaya yang pertama seumpamanya di rantau ini.

Dibangunkan bersama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM), modul latihan VR ini mensimulasikan situasi sebenar di gudang bagi memberikan pengalaman praktikal kepada kakitangan penerbangan dalam proses pengelasan, penyediaan dan penerimaan barangan berbahaya. 

Solusi inovatif ini membolehkan peserta latihan menjalani latihan berisiko tinggi dalam persekitaran yang selamat, terkawal dan interaktif, sekali gus meningkatkan daya ingatan, tindak balas situasi serta keselamatan operasi secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Operasi MAB Academy, Aida Salfaraz Ahmad Fadzil berkata, program latihan VR imersif ini dibangunkan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan realistik, di mana peserta boleh membina kemahiran praktikal melalui simulasi senario sebenar. 

“Ia bukan sahaja mengurangkan risiko, tetapi juga meningkatkan tahap kesiapsiagaan. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa inovasi dalam latihan memainkan peranan penting dalam meningkatkan standard keselamatan industri serta memperkukuh budaya keselamatan,” katanya dalam kenyataan. 

Anugerah CBTA IATA ini diperkenalkan pada 2023 untuk menggalakkan pusat latihan di bawah rangkaian IATA membangunkan penyelesaian inovatif demi meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan dan kemampanan industri. 

Majlis penyampaian anugerah berlangsung semasa Persidangan CBTA ke-3 sempena Simposium Kargo Dunia IATA (WCS) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Proses pemilihan pemenang melibatkan penilaian oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar industri, wakil IATA dan penilai bebas, berdasarkan tahap inovasi, impak terhadap keutamaan industri, kebolehgunaan, serta keberkesanan yang dibuktikan.-UTUSAN

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

Program AZAM tingkat pendapatan perniagaan asnaf sebanyak 36 peratus
Ekonomi

Program AZAM tingkat pendapatan perniagaan asnaf sebanyak 36 peratus

RIZAL IL-Ehzan Fadil Azim (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga...