BANGI: Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memeterai kerjasama strategik bersama Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi menubuhkan Makmal Geoteknologi yang bakal beroperasi di National Energy Centre di sini. Perkongsian itu dilaksanakan melalui Institut Infrastruktur Tenaga (IEI) dan Uniten R&D Sdn. Bhd. (URND), dan dijangka memperkukuh keupayaan penyelidikan serta khidmat profesional UNITEN kepada sektor industri. Naib Canselor UNITEN, Prof. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, penubuhan makmal tersebut berupaya meluaskan skop penyelidikan selain menawarkan khidmat perundingan dan analisis makmal yang kompetitif. Katanya, ia selari dengan aspirasi universiti untuk memenuhi petunjuk prestasi utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya