Home Pasaran Aktiviti Ambil Untung Saham Terpilih, Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Pasaran

Aktiviti Ambil Untung Saham Terpilih, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Aktiviti Ambil Untung Saham Terpilih, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 5 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjukFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.19peratus atau2.95 mata kepada 1,539.54 daripada 1,542.49 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka turun0.71 mata kepada 1,541.78 dan bergerak dalam julat1,534.52 hingga 1,548.95 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.34bilion unit bernilaiRM2.08bilion daripada 2.73bilion unit bernilaiRM2.46 bilion, Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau utama pulameningkat sederhana susulan pengukuhan mata wang tempatannamun jumlah dagangan mengecil akibat penutupan operasi pasaran di China dan Hong Kong hari ini.

“Di peringkat tempatan,kami melihat aktiviti pengambilan untung hari ini sebagai tempoh bagi membolehkan pasaran memberi reaksi terhadap keuntungan baru-baru ini dan mewujudkan asas lebih kukuh bagi kenaikan yang berterusan.

“Ini turut memberi peluang kepada mereka yang mahu memanfaatkan peluang susulan penilaian indeks penanda aras yang lebih murah. Kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam julat 1,525-1,555 bagi sesi dagangan ini," kata Thong kepada Livevartha.

Saham wajaran tinggi menyaksikan99 Speed Mart susut lima sen kepada RM2.22,CelcomDigiturun tujuh sen kepada RM3.78, Kuala Lumpur Kepong rugi 34 sen kepada RM19.52, Maxis merosot enam sen kepada RM3.65 dan Petronas Dagangan kehilangan 26 sen kepada RM19.24.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka rendah...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ketika Dolar AS Susut
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ketika Dolar AS Susut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 5 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi...

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) — Pasaran...