Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dagangan turut lengang berikutan cuti umum di beberapa pasaran getah serantau, kata peniaga.

Pada 4.35 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada4.2140/2200 berbanding dolar AS yang berada pada4.2560/2600 ketika ditutup pada Jumaat, menjadikan getah Malaysia kurang kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Peniaga berkata kebimbangan mengenai kesan tarif perdagangan AS terhadap prestasi ekonomi global terus mempengaruhisentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai penyusutan bekalan bahan mentah di negara pengeluar utama getah asli susulan cuaca hujan, selain keyakinan terhadap rundingan perdagangan AS berikutan tanda-tanda ketegangan perdagangan semakin berkurang,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan hargaStandard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 9.0 sen kepada729 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 4.50 sen kepada604.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...