Home Nasional Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025. Turut kelihatan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

OSAKA, 6 Mei- Kehebatan anak muda berusia 22 tahun dari Pokok Sena, Kedah menebar roti canai terbang berjaya memukau pengunjung Osaka Kansai Japan Expo 2025 yang sedang berlangsung di Yumeshima Island, Osaka, Jepun.

Ketika dihubungi RTM, Muhammad Muiz Ruzaini berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Katanya, sejak tiba di Osaka pada 13 April lalu, roti canai terbang berjaya dijual antara 600 hingga 700 keping sehari.

Pengunjung yang singgah di Pavilion Malaysia turut terpukau dengan kemahirannya menebar roti canai terbang.

\”Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk mempamerkan bakat menebar roti canai terbang kepada masyarakat antarabangsa khususnya penduduk Jepun,\” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berbangga kerana dipilih untuk membawa nama Malaysia dan Kedah memperkenalkan menu makanan tempatan iaitu roti canai terbang Pokok Sena dan membuka mata lebih ramai orang di seluruh dunia berkaitan roti canai.

Pada masa sama, beliau juga berpeluang untuk mempromosikan sektor pelancongan Malaysia khususnya sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Osaka Kansai Japan Expo 2025 berlangsung selama enam bulan iaitu bermula 13 April lalu sehingga 13 Oktober 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

LIMA'25: Ruang udara Langkawi ditutup sementara untuk pertunjukan udara, latihan
Nasional

LIMA'25: Ruang udara Langkawi ditutup sementara untuk pertunjukan udara, latihan

Foto BernamaALOR SETAR, 5 Mei -Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan...