Home Nasional JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani Abd Rashid / Foto RTM

KUALA KEDAH, 6 Mei – Agensi penguatkuasaan di Negeri Kedah diminta mempertingkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di kawasan-kawasan kuala di negeri itu bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah sama ada dalam skala kecil atau besar.

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani Abd Rashid berkata peningkatan kes penyeludupan dadah dikhuatiri akan membawa kepada peningkatan kes jenayah dan pelencongan sosial, bukan sahaja di kawasan terlibat malah turut berisiko merebak ke kawasan lain sekiranya tidak dibendung lebih awal.

“Saya ingin memohon jasa baik semua agensi penguatkuasaan, polis, AADK, Maritim dan sebagainya untuk membantu meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan-kawasan ini.

\”Pemantauan juga penting. Kita gunakan istilah ‘omnipresence’, iaitu keberadaan agensi penguatkuasa di tempat-tempat ini dapat mengurangkan atau mencegah berlakunya penyeludupan dadah,” katanya ketika ditemui RTM, di sini.

Tambah beliau, orang ramai, khususnya komuniti nelayan, turut disaran memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan sama ada ketika berada di laut mahupun di darat.

Dr. Zaki mengulas pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung penutupan pangkalan haram dan pelaksanaan larangan merentas sempadan melalui laluan berkenaan di Kelantan sejak 1 Disember lalu, yang menyaksikan peningkatan kes penyeludupan dadah ke negeri Kedah.

Beliau dilaporkan berkata, dadah berkenaan dipercayai diseludup masuk ke Kedah melalui beberapa kuala, termasuk Kuala Sanglang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....

LIMA'25: Ruang udara Langkawi ditutup sementara untuk pertunjukan udara, latihan
Nasional

LIMA'25: Ruang udara Langkawi ditutup sementara untuk pertunjukan udara, latihan

Foto BernamaALOR SETAR, 5 Mei -Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan...