Home Nasional Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan Jumaat ini susulan ketegangan yang tercetus selepas serangan berdarah di Kashmir.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook selepas menerima panggilan telefon daripadaShehbaz semalam.

“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing.

\”Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyokong penuh cadangan siasatan bebas dan telus untuk mengenal pasti dalang sebenar serangan itu,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pengantara bagi meredakan ketegangan jika diperlukan.

Tambahnya, hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India merupakan aset penting demi keamanan dan kestabilan serantau.

Shehbaz turut menghargai hubungan erat kedua-dua negara serta menyuarakan keinginan untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang kini dalam perundingan, dengan Malaysia menegaskan komitmen untuk menyegerakan urusan itu.

“Insya-Allah, apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,” menurut Datuk Seri Anwar.

Serangan bersenjata di kawasan pelancongan Pahalgam, Kashmir pada 22 April lalu telah mengorbankan 26 nyawa dan meningkatkan ketegangan antara India dan Pakistan.

Related Articles

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.KUANTAN, 5 Mei...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.BATU PAHAT, 5 Mei...

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat
Nasional

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat

Sebahagian daripada 838 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah diberi sambutan...