Home Ekonomi Kerajaan cadang wujudkan perkhidmatan kereta api kargo KL-Bangkok
Ekonomi

Kerajaan cadang wujudkan perkhidmatan kereta api kargo KL-Bangkok

Usaha meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara, sekaligus mengintegrasi ekonomi ASEAN

SEREMBAN, 4 Mei – Kerajaan bercadang mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ia bertujuan meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

Sekaligus, mengintegrasikan ekonomi ASEAN.

\”Sekiranya ada ketersambungan antara Malaysia dengan Thailand, khususnya Kuala Lumpur dengan Bangkok, maka pengembara boleh pergi ke lebih banyak negara, sehingga ke Laos, China mahupun Asia Tengah kerana ada banyak rangkaian kereta api. Ini perlu dijadikan usaha bersama,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang dan pemberian insentifkepada 219pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2024 Peringkat Parlimen Seremban di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, perbincangan mengenai cadangan mewujudkan perkhidmatan pengangkutan itu sudah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suriya Juangroongruangkit, yang juga Menteri Pengangkutan Thailand, semasa lawatan beliau ke negara tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet juga menyokong penuhusaha berkenaanyang dijangka dapat dimulakan tahun ini.

Related Articles

Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh meskipun ketidaktentuan global — Moody's Ratings

Kestabilan politik sejak beberapa tahun lalu juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur.KUALA LUMPUR,...

Ekonomi

8 negara OPEC+ naikkan kuota minyak Jun ini

FOTO REUTERSRIYADH, 4 Mei- Lapan negara OPEC+, akan mula meningkatkan had pengeluaran...

Ekonomi

Harga MSM dijangka kekal lemah, stok domestik naik

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 4 Mei- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Hab PMKS Sabah pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang

Foto Bernama PENAMPANG, 4 Mei – Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana...