Home Nasional Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Makan Malam Amal bersama M. Nasir
Nasional

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Makan Malam Amal bersama M. Nasir

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Makan Malam Amal bersama M. Nasir

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (empat, kiri) bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (lima, kiri) berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M Nasir di Ipoh Convention Centre hari ini/Foto BERNAMA

IPOH, 3 Mei – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang, di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini, malam ini.

Keberangkatan baginda berdua kira-kira pada pukul 8.30 malam disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohamad Zahir Abd Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd Rahim dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Muhammad Hamzah Md Hamdan dalam sembah ucapan berkata, penganjuran makan malam amal itu bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Bakti Gunung Keledang bagi pelaksanaan program dan aktiviti kebajikan sepanjang tahun ini.

Kelab itu turut menyasarkan untuk membantu kerajaan negeri menyebarluas maklumat berkaitan program TVET dalam usaha memperkasa bidang tersebut.

Turut disampaikan dalam majlis itu sumbangan kepada 10 badan amal terpilih antaranya Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abie, Taman Cempaka; Pusat Pendidikan Orang Asli Kampung Lalang dan Tabung Pelajar Yatim The Malay College Kuala Kangsar.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkemuka tanah air Datuk M. Nasir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....