Home Ekonomi Proton kembali ke Singapura, perkenal e.MAS 7 di The Car Expo 2025
Ekonomi

Proton kembali ke Singapura, perkenal e.MAS 7 di The Car Expo 2025

e.MAS 7 di perkenal Singapura menerusi The Car Expo 2025

KUALA LUMPUR, 3 Mei – PROTON bakal meneroka pasaran Singapura menerusi pengenalan kenderaan elektrik (EV) pertama, Proton e.MAS 7 di The Car Expo 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong, pelancaran itu menandakan kehadiran semula jenama kereta nasional Malaysia itu ke Singapura setelah lebih satu dekad.

\’Proton bekerjasama dengan pengedar rasmi baharu VINCAR Group, yang akan menerajui operasi runcit EV PROTON di bawah jenama e.MAS.

\’\’Pelancaran Proton e.MAS 7 di Singapura merupakan langkah penting dalam memperluaskan pasaran
antarabangsa serta komitmen untuk memperkenalkan EV berkualiti tinggi dan canggih ke rantau ini,\’\’ katanya dalam satu kenyataan.

“Kami yakin e.MAS 7, dengan ciri-ciri menarik dan kesesuaiannya untuk persekitaran bandar, akan mendapat sambutan positif, sejajar dengan peralihan pantas negara tersebut ke arah mobiliti hijau,\’\’ tambahnya.

Pasaran EV Singapura meningkat secara konsisten daripada 12% kepada 18% daripada jumlah keseluruhan industri antara 2022 hingga 2023.

Jumlah itu disasar meningkat kepada 55% menjelang 2027 disokong penyediaan sekurang-kurangnya 12,000 stesen pengecas EV oleh kerajaan Singapura.

Lebih 6,000 tempahan telah diterima di Malaysia setakat ini, membuktikan semakin ramai rakyat bersedia untuk beralih kepada EV keluaran tempatan.

Related Articles

Ekonomi

Hab PMKS Sabah pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang

Foto Bernama PENAMPANG, 4 Mei – Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana...

Ekonomi

Airasia X gantung penerbangan Kuala Lumpur – Nairobi bermula 1 September

Foto Bernama KUALA LUMPUR, 3 Mei – AirAsia X Bhd (AAX) akan...

Ekonomi

KUSKOP pergiat usaha bantu usahawan PMKS tembusi pasaran antarabangsa

Foto Bernama PENAMPANG, 3 Mei– Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha membantu usahawan...

Ekonomi

Kongsi rezeki: Bank Muamalat hargai wira tak didendang

Program \’Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama\’ dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada...