Home Ekonomi KUSKOP pergiat usaha bantu usahawan PMKS tembusi pasaran antarabangsa
Ekonomi

KUSKOP pergiat usaha bantu usahawan PMKS tembusi pasaran antarabangsa

Foto Bernama

PENAMPANG, 3 Mei– Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menembusi pasaran antarabangsa menerusi fasilitasi perdagangan serta kerjasama antara kerajaan rantau ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) serta pertubuhan antarabangsa lain.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata bagi merealisasikan aspirasi itu, KUSKOP menerusi Perbadanan Usahawan Kecil Sederhana (SME Corp) Malaysia akan menganjurkan SME Venture @ ASEAN 2025 pada 16 hingga 18 Oktober depan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata antara tumpuan utama program ini termasuklah pameran produk dan perkhidmatan PMKS yang menyasarkan kedua-dua segmen bisnes kepada bisnes (B2B) dan bisnes kepada pengguna (B2C).

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan usahawan Sabah menyertai acara berkenaan memandangkan ia platform terbaik untuk menyelaras program keusahawanan dalam memaksimumkan potensi eksport PMKS ke rantau ASEAN.

Kita ingin jemput usahawan-usahawan Sabah. Saya yakin usahawan kita boleh bersaing dengan usahawan-usahawan di rantau ini dari segi produk dan perkhidmatan mereka. Jadi untuk menyertai itu, mereka boleh datang ke Hub ini untuk mendapatkan maklumat bagaimana usahawan kita ini boleh mengambil bahagian, \” katanya.

Perasmian dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SME Venture @ ASEAN 2025 bertemakan “Bringing ASEAN Closer to You” membabitkan penyertaan 300 pempamer tempatan dan antarabangsa serta dijangka menarik lebih 10 ribu pengunjung .

Related Articles

Ekonomi

Hab PMKS Sabah pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang

Foto Bernama PENAMPANG, 4 Mei – Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana...

Ekonomi

Airasia X gantung penerbangan Kuala Lumpur – Nairobi bermula 1 September

Foto Bernama KUALA LUMPUR, 3 Mei – AirAsia X Bhd (AAX) akan...

Ekonomi

Proton kembali ke Singapura, perkenal e.MAS 7 di The Car Expo 2025

e.MAS 7 di perkenal Singapura menerusi The Car Expo 2025KUALA LUMPUR, 3...

Ekonomi

Kongsi rezeki: Bank Muamalat hargai wira tak didendang

Program \’Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama\’ dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada...