Home Ekonomi Kongsi rezeki: Bank Muamalat hargai wira tak didendang
Ekonomi

Kongsi rezeki: Bank Muamalat hargai wira tak didendang

Program \’Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama\’ dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada para wira tidak didendang/Foto Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sebanyak 100 pek makanan diagihkan kepada penerima manfaat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) sempena sambutan Hari Pekerja bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” semalam.

Program \’Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama\’ dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada para wira tidak didendang yang sentiasa komited menyumbang tenaga demi kesejahteraan komuniti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya sebagai institusi perbankan Islam penuh sentiasa aktif dalam pembangunan komuniti melalui pelbagai inisiatif kebajikan berteraskan nilai-nilai murni.

“Bank Muamalat amat menghargai jasa dan pengorbanan golongan pekerja yang sering kali tidak didendang, namun memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

\”Program ini bukan sekadar sumbangan material, tetapi juga simbol solidariti dan penghargaan daripada kami kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, inisiatif digerakkan hasil sumbangan warga kerja yang menyumbangkan pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan kering, minuman, kelengkapan kebersihan diri, dan barangan harian.

Antara penerima sumbangan ialah petugas kesihatan, anggota keselamatan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang penting bagi kelangsungan harian masyarakat.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...