Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan dagangan secara berhati-hati mungkin berterusan berikutan aliran rendah dan ketidaktentuan pasaran global yang berpanjangan.

RHB Investment Bank Bhd menjelaskan peniaga dijangka kekal berhati-hati kerana momentum kenaikan harga aset selamat yang berterusan baru-baru ini kini kelihatan semakan lemah.

“Kami mengekalkan kecenderungan dagangan menurun memandangkan tekanan negatif,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Bank pelaburan itu berpendapat sokongan serta merta bagi emas adalah pada US$3,200 setiap auns troy manakala rintangan pada US$3,400 setiap auns troy.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,274.10 setiap auns troy daripada US$3,316.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing turun kepada US$3,288.10 setiap auns troy daripada US$3,332.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 352 lot daripada 871 lot yang dicatatkan minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 40 kontrak daripada 88 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 1 Mei, emas fizikal berharga US$3,214.75 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka rendah...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Gambar fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Mei(Livevartha) –Pasaran...

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC, MPC Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC, MPC Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 3 Mei(Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan dalam...

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China
Pasaran

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) –Pasaran getah...