Home Nasional Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 8.00 pagi ini
Nasional

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 8.00 pagi ini

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 8.00 pagi ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 3 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 8.00 pagi ini.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan di Perak yang dijangka terjejas adalah Manjung dan Bagan Datuk, Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala, Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) dan seluruh negeri Melaka.

\”Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

\”Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran\”, menurut kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....