Home Nasional KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di daerah pedalaman negeri Sabah dan Sarawak termasuk mempertimbangkan penambahan fasiliti tambahan seperti asrama

PAPAR 3 MEI: Keperluan untuk menambah Kolej Komuniti khususnya di daerah pedalaman negeri Sabah dan Sarawak termasuk mempertimbangkan penambahan fasiliti tambahan seperti asrama akan diteliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya melihat ada keperluan untuk mempertimbangkan perkara terbabit selepas melawat Kolej Komuniti Beaufort Februari lalu.

“Kita akan melihat dari segi keperluan yang berkaitan dengannya. Seperti saya sebutkan sebelum ini juga, semasa saya mengadakan lawatan ke Kolej Komuniti Beaufort untuk melihat keperluan itu, kita menyedari bahawa ada keperluan di Sabah dengan menyediakan fasiliti yang lengkap.

“Ini termasuklah dari segi asrama, walaupun dari segi dasar Kolej Komuniti tidak ada sediakan asrama.

“Namun dalam konteks di Sabah dan Sarawak, kita memikirkan supaya disediakan ini, diperkemaskan terlebih dahulu bagi Kolej Komuniti yang sedia ada.

“Untuk perancangan di masa akan datang, kita akan melihat dari segi keperluan di kawasan tempatan itu kerana dasar kerajaan, kita mahu pastikan supaya Kolej Komuniti itu dijadikan tempat untuk menyediakan tenaga manusia di kawasan berkenaan,” katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Komuniti Papar @ Sabah Digital Academy, semalam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....