Home Nasional Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor Bahru – Mersing.

KOTA TINGGI 3 MEI – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut, manakala 10 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.2, Jalan Johor Bahru- Mersing malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan sekitar pukul 7.50 malam itu membabitkan sebuah Proton Saga, Perodua Alza dan Toyota Corolla Cross.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu Proton Saga, seorang wanita tempatan berusia 47 tahun yang dalam perjalanan dari arah Rompin menuju ke Kota Tinggi, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

\”Proton Saga itu membawa lima penumpang berusia antara tujuh hingga 87 tahun termasuk mangsa, iaitu anak kepada pemandu terbabit yang duduk di bahagian penumpang belakang.

\”Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,\” katanya dalam kenyataan.

Yusof berkata, turut cedera pemandu Perodua Alza, lelaki berusia 34 tahun dan lima penumpang berusia antara tiga hingga 54 tahun.

Sementara itu, pemandu Toyota Corolla Cross berusia 33 tahun yang memandu seorang diri juga cedera.

\”Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan lanjut, manakala mayat kanak-kanak terbabit dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

\”Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,\” katanya.

Related Articles

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.KUANTAN, 5 Mei...

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.BATU PAHAT, 5 Mei...