Home Ekonomi Johari Shukri dilantik sebagai Presiden & CEO UDA
Ekonomi

Johari Shukri dilantik sebagai Presiden & CEO UDA

Pelantikan berkuat kuasa 2 Mei 2025

KUALA LUMPUR, 2 Mei –Johari Shukri Jamil dilantik sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad (UDA) yang baharu.

Pelantikan berkuatkuasa hari ini.

UDA memaklumkan, Johari memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam sektor korporat dan kepimpinan.

Ia merangkumi hartanah dan pembinaan, pelaburan hartanah, pembangunan perindustrian, logistik, minyak dan gas serta kejuruteraan.

Pencapaian beliau dalam transformasi dan penciptaan nilai diyakini bakal menjadi tunjang utama mengemudi fasa pertumbuhan UDA

\”Sebelum menyertai UDA, Johari pernah memegang pelbagai portfolio di syarikat korporat berbeza.

\”Ini termasuk Pengarah Urusan Kumpulan PASDEC Holdings Berhad selain Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hektar
Asset Management Sdn. Bhd. iaitu pengurus aset Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT),\” menurut kenyataan tersebut.

Pengerusi UDA, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mewakili Ahli Lembaga Pengarah UDA mengalu-alukan pelantikan Johari.

Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas persetujuan pelantikan ini.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...