Home Ekonomi Ekonomi Malaysia diramal sederhana pada suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia diramal sederhana pada suku pertama 2025

Foto/Livevartha

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ekonomi Malaysia diramal menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025, berbanding lima peratus pada suku terakhir 2024.

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) dalam satu kenyataan memaklumkan, unjuran itu berdasarkan penurunan dalam pengeluaran perlombongan dan pembuatan, walaupun permintaan domestik serta sektor perkhidmatan dan pembinaan, kekal berdaya tahan.

Menurut agensi penarafan itu, inflasi kekal lemah pada 1.4 peratus pada Mac namun, risiko meningkat kemungkinan daripada pelaksanaan dasar domestik.

\’\’Di sebalik ketegangan perdagangan, eksport meningkat sebanyak 6.8 peratus pada Mac, diterajui sektor elektrik dan elektronik, minyak sawit, dan jentera, khususnya ke Amerika Syarikat, Hong Kong, dan Singapura.

\”Ringgit melantun semula pada April selepas penyusutan ekoran pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump, disokong penangguhan tarif 90 hari dan kelemahan dolar yang lebih meluas,\’\’ menurut kenyataan itu.

Sementara itu, peralihan dalam sentimen pelabur pula disokong peningkatan mata wang serantau dan pengurangan permintaan terhadap dolar yang turut mendorong aliran masuk modal baharu.

Manakala Aliran keluar ekuiti pelabur asing berjumlah RM4.7 bilion, diimbangi peningkatan pembelian dalam pasaran bon mencatat aliran masuk bersih RM2.8 bilion untuk keseluruhan pasaran modal.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...